China teknologi.
Sekembalinya saya dari China dimana bandar Shenzen adalah bandar teknologi. Merata tempat boleh dilihat industri yang dibangukan adalah bedasarkan Elektronik, ICT dan barangan berkaitan teknologi baru. 
Disana kita sering melihat basikal menjadi pengangkutan utama tetapi di Malaysia motosikal menjadi tungangan untuk kemana-mana. Di China motosikal adalah dilarang, berdasarkan maklumat orang disana kerajaan tidak meluluskan pengunaan motosikal. Oleh itu basikal menjadi pilihan selain dari Kereta. 
Apa yang membezakan basikal disana dan di Malaysia adalah mereka menggunakan basikal berkuasa batteri. Dimana selepas batteri di cas mereka boleh menggunakan basikal sejauh 30km. 



Sekirana masyarakat muslim kesana pastinya Restoran HALAL dicari.. Ini adalah muslim restoran dimana ia menyediakan makanan berasaskan mee. Mee di dalam restoran ini dibuat secara manual, dimana mereka mengadun dan menguli tepung secara manual.

0 comments:

Post a Comment