Printer CLP-610ND (SAMSUNG)




Carta diatas adalah basic spec untk printer tersebut. Printer ini adalah dari jenis Colour Laser. Dalam iklan printer ini dikatakan pantas print, duty cycle yang telah ditambah, memori yang tinggi dan boleh buat duplex (Print depan belakang).
Dari pembelian hingga pemasangan tiada masalah terhadap printer tersebut. Semasa membuat instalasi terhadap computer juge mesra pengguna. Dia boleh disambungkan dengan menggunakan USB atau  Network. 
Mengikut pengalaman semasa menggunakan printer ini ia sebenarnya ok sahaja. Apa yang menjadi permasalahan ialah dari segi toner yang dibekalkan. Printer ini belum pernah lagi digunakan dimana ia datang terus dari pengilang. Oleh itu tidak timbul soal toner tiruan yang digunakan.
Permasalahan yang timbul adalah tahap kebocoron toner begitu serius. Lebih kurang dalam masa 4 ke 5 bulan sahaja digunakan toner kuning telah bocor. Ini menyebabkan hasilan cetakan tidak bersih dimana kebocoran toner kuning akan menyebabkan dokumen akan ada jalur kuning. Kini dilihat pula toner lain juga telah dilihat keluar.

Lihat Gambar dibawah menunjukkan toner yang bocor.


TEKNOLOGI Pertanian

Pada 26 November 2010 - 5 December 2010 bermula MAHA 2010. Pada hari sabtu lalu bersamaan 27 November saya dan keluarga berkesempatan mengunjungi pamiran tersebut. Saya tidak mempunyai banyak masa hanya berkesempatan mengunjungi beberapa bahagian tempat sahaja.
Apa yang ingin saya perkatakan disini bahawa sesungguhnya pertanian kini telah mula menjadi bualan orang ramai dimana pertanian merupakan perniagaan. Betul apa yang dikatakan dimana kita dimomokan dengan perkataan demikian. Bahkan dari Pak Menteri hinggakan orang kebanyakkan bercerita. Sepatutnya kita mengambil peluang ini, sekurang-kurangnya menjadi sebahagian dari mereka walaupun tidak secara langsung tetapi seharusnya kita mengikuti perkembangan semasa. 
Sempat saya berkunjung ketempat tanama dimana kini tanama tidak perlu kita awasi setiapa masa, bahkan pengawalan atau seliaan berjadual termasuk air dan baja. Ia boleh dikawal menggunakan teknologi. Oleh itu pengusaha tak perlula menyediakan ramai pekerja untuk mengawal selia baja dan menyiram air setiap hari. Dengan adanya teknologi penyiraman air tanaman boleh diprogramkan. Begitujuga dengan pengawalan sistem baja kepada tumbuhan. 
Lihat gambar dibawah yang sempat saya rakamkan sewaktu berkunjung ke MAHA. Tanama tersebut dikawal oleh teknologi yang telah diprogramkan.



Bahagian dalaman Netbook


Hari ini kita betemu lagi bercerita mengenai bahagian dalam Netbook .Dalam sesebuah netbook biasanya ada sebuah motherboard yang akan disambungkan dengan Hard Disk, RAM dan kad-kad peranti  lain seperti wireless card, Bluetooth, LAN dan USB.  Procesor untuk Netbook biasanya ” embedded”  (ia dilekatkan sekali pada motherboard). Processor tidak boleh diupgrade. Selain processo terdapat chipset yang akan mengawal motherboard tersebut. Jenama chipset bergantung kepada pengilang motherboard tersebut samada Intel, VIA, nVdia dan lain-lain lagi.Hanya RAM dan Hard Disk sahaja boleh diupgrade. RAM pun maksimum kapasiti adalah 2GB sahaja boleh diupgrade. Pastikan Hard Disk yang menggunakan sambungan SATA (Serial ATA) dan yang bersaiz 2.5inci sahaja. Lain-lain item seperti ODD (optical Disk Drive) akan disambug dengan menggunakan sambungan USB. 

 Bahgian dalam Netbook.

Motherbord Netbook

RAM

Salam,
Hari ini kita mengenali dengan lebih dekat lagi RAM yang digunakan untuk PC dan Notebook. RAM notebook dan PC terdapat perezaannya. Kita lihat gambar dibawah untuk mengenal lebih dekat dan gambar sebenar RAM. RAM-RAM ini adalah yang terkini dan pasaran semasa menggunakan jenis ini. Maksudnya ialah sekarang RAM DDR2 dan DDR3 adalah pilihan pasaran sekarang. DDR3 kini harganaya telah menjunam turun menyebabkan pengilang dan pengeluar PC beralih kepada DDR3. Dengan speed yang tinggi ia boleh membantu untuk pemprosesan lebih baik dan cepat.

DDR2 RAM untuk PC

DDR3 RAM untuk PC

DDR2 SODDIM RAM untuk Netbook & Notebook

DDR3 SODIMM RAM ntuk Netbook & Notebook

Wireless Card & Bluetooth





Ini adalah wireles card bergabung dengan bluetooth. Biasanya ia digunakan pada notebook dan netbook. Kad ini sangat popular digunakan didalam NETBOOK. Ia disebabkan NETBOOK hanya terdapat satu slot sahaja PCIe. Olehitu hanya sahaja slot PCIe diperlukan untuk kedua device ini. Lihat detail dibawah untuk membuktikan bahawa card ini telah mendapat kelulusan. Kelulusan atau sijil setiap card kita boleh rujuk samada pengilang atau badan-badan yang telah dikhaskan untuk kelulusan.


WLAN dan WiFi


PERKEMBANGAN teknologi wayarles sememangnya hangat diperkatakan dewasa ini dengan pelbagai syarikat sibuk mempromosikan perkhidmatan dan produk mereka.

Perkhidmatan Hotspot yang menggunakan standard WiFi (wireless fidelity) yang membolehkan para pengguna komputer riba (notebook) atau komputer poket mengakses Internet ketika sedang bersantai di restoran merupakan suatu yang biasa di bandar-bandar besar.

Manakala, syarikat-syarikat korporat pula semakin berminat untuk mewujudkan rangkaian wayarles bagi rangkaian kawasan setempat (LAN) mereka yang dikenali sebagai WLAN (wayarles LAN).
Bagaimanapun, terdapat beberapa protokol yang telah diperkenalkan dalam membolehkan perkhidmatan Hotspot atau WLAN ini diperkenalkan dengan menggunakan protokol asas 802.11 seperti yang dipersetujui pakatan WiFi. Bermula daripada protokol 802.11a, 802.11b, 802.11g  dan yang terkini ialah 802.11n yang baru sahaja diterima sebagai standard baru dalam dunia wayarles LAN.

Standard protokol 802.11 sebenarnya merupakan spesifikasi WLAN yang dibangunkan oleh kumpulan kerja di Institute of Electrical and Electronic Engineers (IEEE). Ia telah dicipta bagi membolehkan kesemua syarikat-syarikat vendor pembangun produk WLAN membangunkan produk di atas standard yang sama.
Setakat ini, di pasaran protokol WLAN yang telah diperkenal dan diakui oleh IEEE ialah 802.11a, 802.11b, 802.11g dan 802.11n yang saling satunya saling menyokong dengan masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya.  Faktor kelajuan, prestasi dan kos pemilikan dan saling operasi merupakan elemen tersebut sebelum melabur dalam standard WLAN 802.11.

IEEE WLAN Standard
Kelajuan
802.11a
5Ghz & menyokong 54Mbps
802.11b
2.4ghz & menyokong 11Mbps
802.11g
54MBps
802.11n
140Mbps

RAM

RAM adalah singkatan daripada perkataan Random Access Memory dan  dalam bahasa melayunya dipanggil  Ingatan Capaian Rawak. Ia juga merupakan satu komponen penting didalam computer.Ini kerana sekiranya RAM atau memori yang lebih besar digunakan maka  lebih banyak fail yang kita boleh buka dalam masa yang sama. Tujuan memori adalah untuk menyimpan data sementara sebelum kita menyipan fail kedalam cakera keras. Cuba kita lihat satu contoh ; sekiranya kita menaip sesuatu data menggunakan Microsoft Word, data yang telah kita taip tersebut akan disimpan sementara didalam memory.  Sekiranya kita tidak menyimpan data (save) tersebut kedalam cakera keras, maka data kita akan hilang sekiranya computer dimatikan OFF. Ini kerana RAM atau memori hanya berfungsi menyipan data sementara sahaja  tersebut  sebelum disimpan (save) kedalam cakera keras atau liut.

Kedudukan RAM adalah didalam papan utama motherboard. Kalau kita nak pastikan yang mana RAM didalam PC, kita boleh lihat dimana kedudukan RAM menegak dan dihujung kedua-dua RAM tersebut terdapat satu klip yang mana apabila kita tekan sahaja kedua-dua klip tersebut, maka RAM akan tertolak keluar . Biasanya klip dihujung kedua-dua bahagian RAM tersebut diperbuat samada plastic atau keluli.

Biasanya sesebuah computer menggunakan 64MB, 128MB ,256MB , 512MB, 1GB dan  ada juga pengguna yang agak mahir menggunakan RAM sehingga mencapai ke 2GB ke 4GB.


Jenis-jenis RAM

Sekiranya kita melihat RAM dari zaman computer di cipta berbagai bentuk RAM  telah dihasilkan. Tetapi untuk memudahkan pengguna kita bicarakan RAM yang biasa digunakan hari ini. Kita juga mudah mendapatkannya dipasaran. Contoh RAM yang selalu digunakan pengguna ialah

  1. SDRAM Synchronous Dynamic RAM 
Jenis RAM ini sekarang agak popular dan masih digunakan. SDRAM ini terdapat 168-pin DIMM (dual in-line memory modules)

  1. DDR Double Data Rate
RAM jenis ini adalah dua kali lebih pantas berbanding SDRAM. DDR menggunakan slot 184-pin DIMM


  1. RDRAM Rambus Dynamic RAM
RDRAM biasanya digunakan untuk computer yang berprestasi tinggi. Contohnya seperti Pentium 4 sekarang.

Terdapat banyak jenis RAM dipasaran tetapi yang agak baik boleh gunakan jenama seperti  Viking, kingstone, Micron, Corsair. Untuk membeli  RAM digalakkan kita supaya memastikan PC kita sama jenis dengan apa yang kita mahu beli. Samada SDRAM, RDRAM atau DDR.


Rujukan kepada pengguna untuk keseseuaian system yang digunakan.

Windows 95 : 32MB hingga 64MB
Wingows 98 : 64MB hingga 128MB
Windows ME : 64MB hingga 128MB
Windows XP : 128MB hingga 258MB
Windows Vista : 1GB hingga 2GB
Windows 7 : 1GB hingga 2GB

Bagi mereka yang biasa menggunakan applikasi-aplikasi yang memerlukan memori yang banyak seperti  aplikasi graphics, aplikasi editing video atau image,  game yang menggunakan  3D base.  Ia digalakkan menggunakan RAM yang lebih besar berbanding kegunaan biasa.


Bagaimana untuk meUpgradekan RAM

Pertama sekali anda hendaklah mengenal RAM tersebut. Sama ada ia dari jenis yang mana. SDRAM, DDR, atau RDRAM.

Cara memasang kedalam computer. 

Pastikan computer telah di  matikan OFF bekalannya. Ini bagi mengelakkan kerosakan pada RAM yang baru kita beli.  Kemudian buka chasis computer. Cari slot RAM dan tekan kedua-dua hujung pemegang tersebut dan  RAM akan tertolak keluar.

Kemudian masukkan RAM tersebut kedalam soket tadi. Sekiranya terdapat satu lagi slot kosong  anda hanya mahu menambah sahaja tak perlu tanggakan RAM lama.


Pastikan kita tidak salah memasukkan RAM. Ini kerana ia akan rosak atau terbakar kalau terbalik pasang. Jadi berhati-hati ketika memasang kerana terdapat slot antara RAM dan soket.

Kemudian ON PC anda. Biasanya computer akan mengenali kehadiran Memori baru tersebut. Maka kita perlu ke CMOS seting.  Kemudian kita perlu save sahaja dan computer akan kembali semua untuk reboot.
PC boleh digunakan seperti biasa.

Pencetak (Printer)

Didalam komputer yang awal, ramai orang berpendapat bahawa kertas lama-kelamaan akan menjadi satu sejarah apabila semua maklumat disimpan didalam cakera. Tetapi keadaan ini tidak berlaku. Komputer boleh membuat kesilapan dan cakera boleh rosak dan menyebabkan cakera tidak boleh dibaca. Satu cara untuk memastikan tidak kehilangan data adalah dengan menghasilkan cetakan.

Jenis-jenis pencetak

  1. Pencetak matrik bintik (dot matrik) 
  2. Pencetak pancut dakwat (inkjet atau  deskjet)
  3. Pencetak laser (laser)

Pencetak matrik bintik
Kini pencetak jenis ini tidak begitu popular dikalangan pengguna dirumah. Biasanya digunakan untuk kerja-kerja office. Ini kerana printer jenis ini ginunakan untuk print invoce, sebab ketajamanya boleh print 3 atau 4 helai lembaran. (carbon copy).

Bagaimana Ia berfungsi.
Pencetak mattrik terdiri daripada pin keluli yang mengetuk sehelai kertas melalui reben dakwat untuk mewujutkan corak bintik. Bintik ini akan bergabung menjadi satu aksara atau huruf. Contohnya huruf “A”. Ia juga boleh mencetak grafik tetapi hanya hasilan melalui corak bintik sahaja. Kecerahan sesuatu hasilan cetakan bergantung kepada bilangan pin keluli dalam mesin.

Pencetak Pancutan Dakwat
Perinter jenis ini sekarang agak popular kerana pasarannya meluas sekarang. Boleh didapati dimana-mana kedai komputer. Senang diselenggarakan dan harga agak rendah sekarang dan mampu dimiliki.

Bagaimana ia berfungsi
Pencetak pancutan dakwat mencetak gambar atau aksara menggunakan pancutan dakwat halus yang dipancutkan dari muncung yang sangat kecil keatas kertas. Dakwat disimpan di dalam takungan dakwat. Pencetak ini mempunyai 4 colour yang berbeza. Hitam, Merah, Kuning, Biru. Oleh yang demikian beratus-ratus warna boleh dihasilkan.

Pencetak laser.
Biasa digunakan digunakan di pejabat. Ini kerana kualiti pencetakan lebih baik berbanding inkjet. Dimana kini ia mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Ini kerana walaupun harganya agak tinggi tetapi untuk jangka masa yang panjang ia berbalio dimiliki. Ink yang digunakan adalah dari jenis powder (serbuk), olehitu ia tidak akan kering dengan cepat. Sekiranya kita tidak menggunakan dalam masa 6 bulan atau 1 tahun pun ia tidak kering atau rosak.

Bagaimana ia berfungsi.
Pencetak laser menggunakan pancaran cahaya yang sangat terang (pancaran  laser) untuk menukarkan data perduaan kepada cetakan. Pancaran leser ini sangat pantas sehinggakan cahaya ini boleh mencetak keseluruhan halaman sekaligus. Ia ada satu bahagian lagi bagi membolehkan ink tersebut dipanaskan dan terus menjadi kekal dan kering. Ini membuatkan hasil kerja kita akan cantik dan tak perlu menunggu ia kering terlebih dahulu.

Tip-tips pembelian pencetak

Apa yang perlu diperhatikan.

PPM – Page perminute  (cetakan helaian dalam seminit) Samada hitam atau warna.
DPI -  Dot perinch  ( ketajaman pencetakan dalam inci)
USB – Universal serial bus (sambungan ke komputer)
PARAREL – Sambungan printer ke komputer.

Installation

Normal  komputer ada kenal printer. (detec) Jadi hanya perlu masukkan driver printer dan install mengikut Operating System setiap komputer. Biasanya arahan cara install pencetak dibekalkan sekali.