Tipss

MEMANTAU KESIHATAN KOMPUTER ANDA

Kita perlu ada sedikit ilmu pengetahuan untuk menjaga tahap kesihatan PC kita. Bukan hanya kesihatan diri kita sahaja tetapi computer juga perlu sihat atau sentiasa dalam keadan baik apabila digunakan. Kalau kita sakit kita perlu berjumpa doctor, begitu juga computer kita perlu hantar ke Pusat service atau Dr. Computer (IT).  Oleh itu sebelum ia sakit kita perlu ada langkah-langkah tertentu untuk mencegah. Antaranya ialah;-

1.     Langkah pencegahan kerosakkan komputer.
2.     Teknik mengesan keroskkan


1.  Langkah pencegahan kerosakkan computer

Pernahkah anda mendengar perkataan tidak sengaja. Sekiranya difikirkan perkataan tersebutlah boleh mengancam keselamatan computer pribadi anda.  Kesannya begitu serius sehingga  menjejaskan sistem computer anda. Contohnya proses pemasangan tidak betul, kesan pencemaran asap rokok dan habuk , dan kerosakkan yang tidak diingini.

Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan terjadinya masalah yang boleh menjejaskan keselamatan PC kita.

Antaranya;
1. Perisian
Pada kebiasannya PC tidak akan dapat berfungsi tanpa kehadiran OS,  perisian, aplikasi, program atau driver.  Melihat perkembangan perisian pada hari ini adalah semakin kompleks, namun ia sering memudahkan pengguna. Berikut adalah beberapa panduan untuk memastikan perisian PC sentiasa bekerja dengan sempurna.

  1. Pastikan proses ‘back up’ atau penyimpan fail-fail penting dilaksanakan dari masa ke semasa.
  2. Elakkan jangkitan virus dengan menggunakan program antivirus yang berkesan dan dikemaskinikan
  3. Risiko perisian beta boleh dielakkan jika memindahkan dan memasang failnya dengan berhati-hati.
  4. Ikut procedure sebenar pemasangan perisian untuk mengelak kesan pemasangan tidak sah.
  5. Kesan kekurangan sumber memori (RAM) boleh dielakkan dengan membebaskan bebanan RAM.


2. Sistem
Beberapa operasi mudah yang melibatkan sistem seperti mematikannya atau mengemaskinikan BIOS juga boleh menjejaskan PC anda dan sistem operasinya. Jika anda tersilap menangani masalah ini, ada kemungkinan PC anda tidak boleh dibootkan seperti biasa atau terus gagal dilaksanakan. Sehubungan itu, untuk mengelakkan berlakunya kejadian seperti ini, sekaligus melindungi PC anda, sila ikuti panduan berikut;

  1. Kerosakkan pada bios boleh dielakkan sekiranya anda melaksanakan proses boot yang betul.
  2. Kesilapan menguruskan sistem fail boleh dielakkan dengan membiarkan Windows melakukannya.
  3. Elakkan dari menekan butang reset kerana mematikan sistem dengan cara ini tidak digalakkan.
  4. Pencerobohan sistem windows boleh dielakkan dengan memindah terima pembetulan (patch)
  5. Ganguan pada fail registry boleh dielakkan sekiranya anda tidak menyentuh atau mengubahnya.
  6. Terdapat fail secara tidak sengaja boleh dielakkan jika anda meneliti setiap mesej yang muncul.

3. Perkakasan
Biasanya perkakasan kurang mendapat perhatian kecuali ia telah menimbulkan masalah. Beberapa ganguan seperti kad-kad tambahan longgar, kabel sambungan yang telah haus, komponen sistem yang terlalu panas dan ganguan lain juga yang boleh membahayaan PC anda.  Langkah pencegahan boleh di elakkan dari menjadikan ia lebih serius. Antara langkahnya ialah;

  1. Kerosakkan akibat tumpahan air boleh dielakkan sekiranya tidak minum sambil menggunakna PC.
  2. Kepanasan pada komponen boleh dikurangkan dengan penyejukkan seperti penggunaan kipas.
  3. Kerosakkan ketika memindahkan PC boleh dielakkan dengan membungkusnya kedalam kotak.
  4. Kerosakkan akibat ganguan elektrik boleh dielak dengan mengawal alunan arus.
  5. Kesan asap rokok dan habuk boleh dielakkan dengan menutup PC menggunakan pembalutnya.
  6. Elakkan ganguan pada cakera padat (CD) dengan melindunginya dari kotoran atau keroskkan.




2. Teknik mengesan kerosakkan

Langkah-langkah apabila berlaku kerosakkan

  1. Jangan panic
  2. Perhatikan keadaan
-          Ketika berlaku kerosakkan seperti
a)      apa computer sedang lakukan
b)      apa penguna sedang gunakan
c)      apa pengguna sedang sentuh
d)     apa yang ditunjukkan pada paparan
-          apakah pesanan kesalahan , message yang dipaparkan
  1. Menggunakna deria kita
-          seperti mata, hidung, tangan telinga,
-          rasa kepanasan ; sentuh dengan jari
-          genakan kanta pembesar
  1. Langkah yang perlu dibuat ulang kali
-          cuba jalankan operasi seperti boot semula dan cuna onkan bekalan kuasa dan ketatkan sambungan yang ada.
-          Power kod (ketatkan semula), kabel-kabel yang berkaitan ketatkan
-          Laraskan semua pengawal-pengawal seperti monitpr ; colour brightnes
-          Panaskan atau sejukkan sebahagian computer.
  1. Document
-          apa computer sedang buat, boleh buat dan tak boleh buat
-          apakah paparan kerosakkan seperti bunyi-bunyian
-          atau mesaj lain selepas dibaiki atau sebaliknya
-          jalankan ujian-ujian semula
-          tandakan polarity cabel yang dicabut.

Kerosakkan terbahagi dua

  1. Kerosakkan static
  2. Kerosakkan dinamik

Kerosakkan static
 -kerosakkan tidak berfungsi sepenuhnya

Kerosakkan dinamik
-          berfungsi pada keadaan yang tidak optimum




Kerosakkan static terbahagi 2
  1. litar pintas – seperti terdapat screw tertinggan dalam casing dan melepat pada motherboard
  2. litar terbuka –tiada aliran arus elektrik

Kerosakkan dinamik
-          kerosakkan sukar dikesan
-          tiada tanda isyarat seperti bunyi bib atau paparan kerosakkan
-          data yang tidak sempurna, alamat yang tidak sempurna


Kesimpulan
Oleh itu menjaga kesihatan computer adalah perlu bagi mengurangkan  ;-

1.         Kos sengaraan, kerana lebih murah berbanding kos membaik pulih
2.         Mengurangkan kerosakkan kecil
3.         Memanjangkan usia computer

0 comments:

Post a Comment