RAM

RAM adalah singkatan daripada perkataan Random Access Memory dan  dalam bahasa melayunya dipanggil  Ingatan Capaian Rawak. Ia juga merupakan satu komponen penting didalam computer.Ini kerana sekiranya RAM atau memori yang lebih besar digunakan maka  lebih banyak fail yang kita boleh buka dalam masa yang sama. Tujuan memori adalah untuk menyimpan data sementara sebelum kita menyipan fail kedalam cakera keras. Cuba kita lihat satu contoh ; sekiranya kita menaip sesuatu data menggunakan Microsoft Word, data yang telah kita taip tersebut akan disimpan sementara didalam memory.  Sekiranya kita tidak menyimpan data (save) tersebut kedalam cakera keras, maka data kita akan hilang sekiranya computer dimatikan OFF. Ini kerana RAM atau memori hanya berfungsi menyipan data sementara sahaja  tersebut  sebelum disimpan (save) kedalam cakera keras atau liut.

Kedudukan RAM adalah didalam papan utama motherboard. Kalau kita nak pastikan yang mana RAM didalam PC, kita boleh lihat dimana kedudukan RAM menegak dan dihujung kedua-dua RAM tersebut terdapat satu klip yang mana apabila kita tekan sahaja kedua-dua klip tersebut, maka RAM akan tertolak keluar . Biasanya klip dihujung kedua-dua bahagian RAM tersebut diperbuat samada plastic atau keluli.

Biasanya sesebuah computer menggunakan 64MB, 128MB ,256MB , 512MB, 1GB dan  ada juga pengguna yang agak mahir menggunakan RAM sehingga mencapai ke 2GB ke 4GB.


Jenis-jenis RAM

Sekiranya kita melihat RAM dari zaman computer di cipta berbagai bentuk RAM  telah dihasilkan. Tetapi untuk memudahkan pengguna kita bicarakan RAM yang biasa digunakan hari ini. Kita juga mudah mendapatkannya dipasaran. Contoh RAM yang selalu digunakan pengguna ialah

  1. SDRAM Synchronous Dynamic RAM 
Jenis RAM ini sekarang agak popular dan masih digunakan. SDRAM ini terdapat 168-pin DIMM (dual in-line memory modules)

  1. DDR Double Data Rate
RAM jenis ini adalah dua kali lebih pantas berbanding SDRAM. DDR menggunakan slot 184-pin DIMM


  1. RDRAM Rambus Dynamic RAM
RDRAM biasanya digunakan untuk computer yang berprestasi tinggi. Contohnya seperti Pentium 4 sekarang.

Terdapat banyak jenis RAM dipasaran tetapi yang agak baik boleh gunakan jenama seperti  Viking, kingstone, Micron, Corsair. Untuk membeli  RAM digalakkan kita supaya memastikan PC kita sama jenis dengan apa yang kita mahu beli. Samada SDRAM, RDRAM atau DDR.


Rujukan kepada pengguna untuk keseseuaian system yang digunakan.

Windows 95 : 32MB hingga 64MB
Wingows 98 : 64MB hingga 128MB
Windows ME : 64MB hingga 128MB
Windows XP : 128MB hingga 258MB
Windows Vista : 1GB hingga 2GB
Windows 7 : 1GB hingga 2GB

Bagi mereka yang biasa menggunakan applikasi-aplikasi yang memerlukan memori yang banyak seperti  aplikasi graphics, aplikasi editing video atau image,  game yang menggunakan  3D base.  Ia digalakkan menggunakan RAM yang lebih besar berbanding kegunaan biasa.


Bagaimana untuk meUpgradekan RAM

Pertama sekali anda hendaklah mengenal RAM tersebut. Sama ada ia dari jenis yang mana. SDRAM, DDR, atau RDRAM.

Cara memasang kedalam computer. 

Pastikan computer telah di  matikan OFF bekalannya. Ini bagi mengelakkan kerosakan pada RAM yang baru kita beli.  Kemudian buka chasis computer. Cari slot RAM dan tekan kedua-dua hujung pemegang tersebut dan  RAM akan tertolak keluar.

Kemudian masukkan RAM tersebut kedalam soket tadi. Sekiranya terdapat satu lagi slot kosong  anda hanya mahu menambah sahaja tak perlu tanggakan RAM lama.


Pastikan kita tidak salah memasukkan RAM. Ini kerana ia akan rosak atau terbakar kalau terbalik pasang. Jadi berhati-hati ketika memasang kerana terdapat slot antara RAM dan soket.

Kemudian ON PC anda. Biasanya computer akan mengenali kehadiran Memori baru tersebut. Maka kita perlu ke CMOS seting.  Kemudian kita perlu save sahaja dan computer akan kembali semua untuk reboot.
PC boleh digunakan seperti biasa.

0 comments:

Post a Comment