WLAN dan WiFi


PERKEMBANGAN teknologi wayarles sememangnya hangat diperkatakan dewasa ini dengan pelbagai syarikat sibuk mempromosikan perkhidmatan dan produk mereka.

Perkhidmatan Hotspot yang menggunakan standard WiFi (wireless fidelity) yang membolehkan para pengguna komputer riba (notebook) atau komputer poket mengakses Internet ketika sedang bersantai di restoran merupakan suatu yang biasa di bandar-bandar besar.

Manakala, syarikat-syarikat korporat pula semakin berminat untuk mewujudkan rangkaian wayarles bagi rangkaian kawasan setempat (LAN) mereka yang dikenali sebagai WLAN (wayarles LAN).
Bagaimanapun, terdapat beberapa protokol yang telah diperkenalkan dalam membolehkan perkhidmatan Hotspot atau WLAN ini diperkenalkan dengan menggunakan protokol asas 802.11 seperti yang dipersetujui pakatan WiFi. Bermula daripada protokol 802.11a, 802.11b, 802.11g  dan yang terkini ialah 802.11n yang baru sahaja diterima sebagai standard baru dalam dunia wayarles LAN.

Standard protokol 802.11 sebenarnya merupakan spesifikasi WLAN yang dibangunkan oleh kumpulan kerja di Institute of Electrical and Electronic Engineers (IEEE). Ia telah dicipta bagi membolehkan kesemua syarikat-syarikat vendor pembangun produk WLAN membangunkan produk di atas standard yang sama.
Setakat ini, di pasaran protokol WLAN yang telah diperkenal dan diakui oleh IEEE ialah 802.11a, 802.11b, 802.11g dan 802.11n yang saling satunya saling menyokong dengan masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya.  Faktor kelajuan, prestasi dan kos pemilikan dan saling operasi merupakan elemen tersebut sebelum melabur dalam standard WLAN 802.11.

IEEE WLAN Standard
Kelajuan
802.11a
5Ghz & menyokong 54Mbps
802.11b
2.4ghz & menyokong 11Mbps
802.11g
54MBps
802.11n
140Mbps

0 comments:

Post a Comment