TEKNOLOGI Pertanian

Pada 26 November 2010 - 5 December 2010 bermula MAHA 2010. Pada hari sabtu lalu bersamaan 27 November saya dan keluarga berkesempatan mengunjungi pamiran tersebut. Saya tidak mempunyai banyak masa hanya berkesempatan mengunjungi beberapa bahagian tempat sahaja.
Apa yang ingin saya perkatakan disini bahawa sesungguhnya pertanian kini telah mula menjadi bualan orang ramai dimana pertanian merupakan perniagaan. Betul apa yang dikatakan dimana kita dimomokan dengan perkataan demikian. Bahkan dari Pak Menteri hinggakan orang kebanyakkan bercerita. Sepatutnya kita mengambil peluang ini, sekurang-kurangnya menjadi sebahagian dari mereka walaupun tidak secara langsung tetapi seharusnya kita mengikuti perkembangan semasa. 
Sempat saya berkunjung ketempat tanama dimana kini tanama tidak perlu kita awasi setiapa masa, bahkan pengawalan atau seliaan berjadual termasuk air dan baja. Ia boleh dikawal menggunakan teknologi. Oleh itu pengusaha tak perlula menyediakan ramai pekerja untuk mengawal selia baja dan menyiram air setiap hari. Dengan adanya teknologi penyiraman air tanaman boleh diprogramkan. Begitujuga dengan pengawalan sistem baja kepada tumbuhan. 
Lihat gambar dibawah yang sempat saya rakamkan sewaktu berkunjung ke MAHA. Tanama tersebut dikawal oleh teknologi yang telah diprogramkan.



1 comments:

Hawa said...

Bila nak pergi lagi...baru satu per 10 jer lawatan kita.....Nak masuk dewan pameran.

Post a Comment