Pencetak (Printer)

Didalam komputer yang awal, ramai orang berpendapat bahawa kertas lama-kelamaan akan menjadi satu sejarah apabila semua maklumat disimpan didalam cakera. Tetapi keadaan ini tidak berlaku. Komputer boleh membuat kesilapan dan cakera boleh rosak dan menyebabkan cakera tidak boleh dibaca. Satu cara untuk memastikan tidak kehilangan data adalah dengan menghasilkan cetakan.

Jenis-jenis pencetak

  1. Pencetak matrik bintik (dot matrik) 
  2. Pencetak pancut dakwat (inkjet atau  deskjet)
  3. Pencetak laser (laser)

Pencetak matrik bintik
Kini pencetak jenis ini tidak begitu popular dikalangan pengguna dirumah. Biasanya digunakan untuk kerja-kerja office. Ini kerana printer jenis ini ginunakan untuk print invoce, sebab ketajamanya boleh print 3 atau 4 helai lembaran. (carbon copy).

Bagaimana Ia berfungsi.
Pencetak mattrik terdiri daripada pin keluli yang mengetuk sehelai kertas melalui reben dakwat untuk mewujutkan corak bintik. Bintik ini akan bergabung menjadi satu aksara atau huruf. Contohnya huruf “A”. Ia juga boleh mencetak grafik tetapi hanya hasilan melalui corak bintik sahaja. Kecerahan sesuatu hasilan cetakan bergantung kepada bilangan pin keluli dalam mesin.

Pencetak Pancutan Dakwat
Perinter jenis ini sekarang agak popular kerana pasarannya meluas sekarang. Boleh didapati dimana-mana kedai komputer. Senang diselenggarakan dan harga agak rendah sekarang dan mampu dimiliki.

Bagaimana ia berfungsi
Pencetak pancutan dakwat mencetak gambar atau aksara menggunakan pancutan dakwat halus yang dipancutkan dari muncung yang sangat kecil keatas kertas. Dakwat disimpan di dalam takungan dakwat. Pencetak ini mempunyai 4 colour yang berbeza. Hitam, Merah, Kuning, Biru. Oleh yang demikian beratus-ratus warna boleh dihasilkan.

Pencetak laser.
Biasa digunakan digunakan di pejabat. Ini kerana kualiti pencetakan lebih baik berbanding inkjet. Dimana kini ia mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Ini kerana walaupun harganya agak tinggi tetapi untuk jangka masa yang panjang ia berbalio dimiliki. Ink yang digunakan adalah dari jenis powder (serbuk), olehitu ia tidak akan kering dengan cepat. Sekiranya kita tidak menggunakan dalam masa 6 bulan atau 1 tahun pun ia tidak kering atau rosak.

Bagaimana ia berfungsi.
Pencetak laser menggunakan pancaran cahaya yang sangat terang (pancaran  laser) untuk menukarkan data perduaan kepada cetakan. Pancaran leser ini sangat pantas sehinggakan cahaya ini boleh mencetak keseluruhan halaman sekaligus. Ia ada satu bahagian lagi bagi membolehkan ink tersebut dipanaskan dan terus menjadi kekal dan kering. Ini membuatkan hasil kerja kita akan cantik dan tak perlu menunggu ia kering terlebih dahulu.

Tip-tips pembelian pencetak

Apa yang perlu diperhatikan.

PPM – Page perminute  (cetakan helaian dalam seminit) Samada hitam atau warna.
DPI -  Dot perinch  ( ketajaman pencetakan dalam inci)
USB – Universal serial bus (sambungan ke komputer)
PARAREL – Sambungan printer ke komputer.

Installation

Normal  komputer ada kenal printer. (detec) Jadi hanya perlu masukkan driver printer dan install mengikut Operating System setiap komputer. Biasanya arahan cara install pencetak dibekalkan sekali.

0 comments:

Post a Comment