Projektor mutlimedia Canon

 http://www.utusan.com.my/pix/2012/0910/Utusan_Malaysia/Megabait/me_01.1.jpg
Lambakan peralatan pengimejan di pasaran masa kini tidak menghalang Canon untuk terus menghasilkan gajet elektronik berkaitan imej yang terbaru.
Canon yang lebih popular dengan barisan kamera nya tidak ketinggalan menghasilkan pelbagai lagi peralatan elektronik berkenaan imej antaranya adalah projektor.
Terbaru, Canon berjaya menghasilkan projektor mudah alih yang mampu memenuhi semua gaya hidup masa kini.
Di kenali sebagai Projektor Canon LV, ia direka dalam tiga siri (Siri A) yang berbeza iaitu model LV-8227A, LV-7392A, LV-7297A dan LV-7292A yang sesuai untuk pengguna yang memerlukan tayangan dalam keadaan persekitaran yang cerah.
Bagi Siri M pula, Canon mempertaruhkan model LV-8227M untuk kegunaan dalam pejabat atau rumah yang memiliki ruangan yang agak terhad.


Bagi Siri S, ia mempertaruhkan model LV-7392S, LV-7297S dan LV-7292S yang mana sesuai bagi mereka yang memerlukan projektor untuk fungsi asas dengan harga yang berpatutan.
Semua siri projektor LV memiliki ciri-ciri mudah alih dengan reka bentuk yang kohesif, menjadikannya ideal untuk pengguna yang sentiasa aktif bergerak.
Selain itu, rangkaian projektor LV tersebut juga memiliki ciri-ciri penyelengaraan yang telah diperbaharui.
Filter Counter' dimuatkan pada setiap projektor yang membolehkan pengguna menukar penapis apabila tiba masanya.
Bagi menggantikan penapis tersebut, pengguna hanya perlu menanggalkan penapis lama dan menggantikannya dengan penapis yang baru.
Kedua-dua siri A dan M turut dilengkapi bersama slot penyambung HDMI binaan dalam untuk memudahkan tayangan video digital berkualiti tinggi.
Dalam pada itu, Canon turut memperkenalkan projektor pemasangan XEED WX6000 untuk kegunaan penguna yang mementingkan paparan berkualiti tinggi.
Melalui pembaharuan teknologi dan prestasi yang terkini, WX6000 adalah projektor pemasangan yang direka bagi mempertingkatkan pengalaman menonton.
Ciri-ciri tersebut menjadikannya sesuai digunakan di institusi perubatan, perbadanan yang besar, muzium serta galeri seni.
Canon WX6000 dijana oleh teknologi terbaru dalam sistem optiknya iaitu Aspectual Illumination System 4.1 (AISYS 4.1) dan dilengkapi bersama panel Liquid Crystal on Silicon (LCOS) yang terbaru.
Bersama WXGA beresolusi 1440 x 900 piksel dan 5700 lumens, gabungan kedua-duanya menjadikan projektor tersebut mampu menghasilkan gambar berwarna atau hitam putih sekali gus meningkatkan kualiti dalam paparan imejnya.
Kecerahan tayangan juga ditingkatkan sebanyak 20 peratus berbanding model sebelumnya dan bersama ciri 3D-LUT baharu, pengguna juga boleh melaraskan warna mengikut kesukaan mereka.
Namun, antara ciri-ciri yang paling menarik adalah lensa yang boleh ditukar ganti dan fungsi peralihan lensa bermotor di mana pengguna boleh memasang WX6000 dengan pelbagai cara dan jarak ke permukaan imej yang ingin ditayangkan.
Utusan, MEGaBAIT : Arkib:10/9/2012

0 comments:

Post a Comment