IP Kamera

Bertemu kembali setelah lama menyepi….
Kali ini masih lagi saya ingin bercerita berkenaan perkakasan komputer. Bila kita berbicara mengenai kamera maka ramai yang suka dengannya. Kini juga menjadi trand atau kegilaan masyarakat kini ber “selfie”.

Tetapi saya bukan mahu bercerita mengenai kamera biasa tetapi kamera keselamatan (CCTV or Security Camera) yang membantu kita dalam kehidupan seharian.

Setiap hari kita dimomokkan dengan berita-berita kehilangan, kecurian, penculikan, penderaan dan bermacam-macam lagi kes jenayah. TAHUKAH anda kita boleh membendung atau menangani masalah tersebut dengan adanya kamera keselamatan.

Kini kamera keselamatan telah di reka dalam bentuk yang lebih mudah dan lebih kepada mesra pengguna. Oleh kerana internet menjadi trand masa kini, IP kamera menjadi pillihan yang sesuai digunakan sebagai kamera keselamatan. Apa yang dimaksudkan dengan IP adalah “INTERNET PROTOKOL”.

IP kamera memang banyak jenis, ada jenis komersial dan ada yang untuk penggunaan rumah. Sebagai pengguna sudah memadai dengan hanya IP kamera yang sesuai untuk rumah. Ini kerana harganya agak berpatutan dan mampu milik oleh pengguna.

Agak mudah kini kerana pengguna tidak perlu mendalami teknikal untuk memasang kamera tersebut.. memadai hanya memasukkan ID pengguna dan kata laluan,  kamera boleh digunakan. Aplikasi untuk telephone bimbit juga tersedia untuk kita memantau. Andoid,  Apple (iOS) dan windows aplikasi tersedia hanya kita perlu muat turun sahaja. Dengan adanya smart phone kita boleh memantau rumah kita pada bila-bila masa dan berada dimana-mana.


IP Kamera ada pilihan kita untuk memantau rumah, perniagaan kecil seperti kedai runcit, restoran kecil dan lain lain lagi industri yang sesuai…..



0 comments:

Post a Comment