Tips-tips asas mengelakkan komputer bermasalah


Hari ini kita bercerita mengenai tips lagi.
Mungkin sesetengah pengguna boleh mengendalikan komputer dengan baik tetapi sering terlupa perkara yang remeh temeh. Mungkin disini saya dapat membantu anda untuk mengatasi masalah yang biasa kita lakukan tetapi kita tidak perasan tetapi itulah yang menyebabakan komputer kita bermasalah.

Sedikit tips ingin saya berikan di sini. Mungkin ianya dapat membantu anda untuk mengatasi masalah yang sering kita hadapi. Ada perkara yang kita biasa lakukan tetapi kita tidak perasan ianya akan menyebabkan komputer kita bermasalah.

Antara langkah-langkah yang patut diambil:-

1. Casing (kerangka)
        - Sebenarnya kita perlu membersihkan casing komputer dari habuk untuk   mengelakkan daripada masalah pengudaraan dalam Casing. Habuk yang banyak boleh menyebabkan komputer menjadi "hang." Selalunya habuk senang melekat pada kipas CPU dan kipas Power Supply.

2. Monitor (display)
-         kita perlu juga menjaga kebersihan monitor kita untuk mengelakkan permasalahkan. Contohnya – kita perlu membersihkan habuk- supaya tidak melekat pada monitor. Sekiranya banyak habuk maka ia akan menutup rongga-rongga udara panas untuk keluar. Biasanya setiap monitor ada bahagian-bahagian tertentu untuk pengudaraan.

Kebersihan monitor perlu dijaga untuk mengelakkan permasalahan.
:– Habuk perlu dibersihkan supaya tidak melekat pada monitor. Sekiranya banyak habuk maka ia akan menutup rongga-rongga udara panas untuk keluar. Setiap monitor, biasanya ada bahagian-bahagian tertentu untuk pengudaraan.

-         Kekadang kita lihat banyak diantara kita menutup komputer menggunakan plastik yang dibeli dikedai komputer. Sebenarnya tidak sesuai kerana bila selepas penggunaan komputer, monitor panas dan udara perlu lepas keluar. Langkah yang paling baik kalau nak tutup komputer juga sila guna kain sahaja.

Seringkali di antara kita akan menutup komputer menggunakan plastik yang dibeli di kedai komputer. Sebenarnya ianya amat tidak sesuai kerana selepas penggunaan komputer, monitor akan jadi panas dan udara perlu dilepaskan keluar. Langkah yang paling baik kalau hendak tutup komputer juga sila gunakan kain sahaja.

3.Tetikus
-         Pastikan tetikus sentiasa bergerak dengan betul. Cth : kekiri kekanan
-         Kedua-dua button berfungsi dengan baik
Kalau ada skrol butang boleh digerakkan keatas kebawah

3.Tetikus
-         Pastikan tetikus sentiasa bergerak dengan betul. Cth : ke kiri, ke kanan
-         Kedua-dua butang berfungsi dengan baik
Kalau ada skrol butang boleh digerakkan ke atas dan ke bawah

4. Cakera disk
-         Hendaklah sentiasa mencuci disk tersebut menggunakan Disk pencuci yg boleh didapati di pasaran

4. Cakera disk
-         Hendaklah sentiasa dicuci disk tersebut menggunakan pencuci Disk yang boleh dibeli di pasaran.


5. Cakera Liut
-         Ia juga seperti cakera liut hendaklah sentiasa dicuci bagi mengelakkan kerosakkan.

5. Cakera Liut
-         Ia juga seperti cakera liut @ cakera disk hendaklah sentiasa dicuci bagi mengelakkan kerosakan.

6. Hard Disk
-         Hendaklah sentiasa mengemaskinikan cakera keras kita. Antara langkahnya ialah
-         Start Button – Accerios ke Accessories?– System tools – 1.Disk Clean2. Disk Diferagment? @ Disk Defragment?3.Scandisk

7. Modem
- Sekiranya anda menggunakan modem, hendaklah mengambil langkah - langkah keselamatan. Antaranya, menggunakan alat pelindung arus (surge protector). Ini bagi mengelakkan komputer daripada rosak. Alat ini boleh mengelakkan komputer rosak akibat terjahan/panahan kilat. Sekiranya kilat menyambar ia akan merosakkan modem juga perkakasan lain seperti Motherboard (papan utama), Processor (otak pemproses), dan RAM (ingatan capaian rawak).


    8. Jauhkan dari elektrik statik
-         Bagaimana? Salah satu caranya meletakkan PC jauh dari karpet
-         atau menyembur cecair anti static

  9. Alat elektrik juga boleh menyebabkan gangguan pada Komputer
-         elakkan pada punca kipas syiling @ siling
-         pembesar suara tanpa pembalut dan subwoofer 

10.  Jangan makan atau minum semasa   menggunakan komputer. Pengguna biasa melakukan hal ini (makan atau minum) semasa sedang menggunakan komputer. Sekiranya air tertumpah maka ia akan merosakkan komputer anda


11.               Anda hendaklah sentiasa mematuhi arahan setiap ikon di dalam komputer. Contohnya anda hendaklah sentiasa mematuhi arahan untuk menutup komputer. Biasanya sesetengah pengguna hanya menekan butang OFF sahaja tanpa mengikut peraturan yang sepatutnya.
Langkah  yang sepatutnya ialah anda pergi ke butang
START KEMUDIAN  KE MENU LOG OFF
Ia akan memaparkan
     Restart Computer
     Standby
     Shut  Down Computer
Pilih menu untuk Shut Down Computer.
Kemudian komputer akan OFF automatik sekiranya anda menggunakan bekalan kuasa ATX. Sekiranya anda menggunakan komputer yang menggunakan bekalan kuasa AT, komputer akan memaparkan (Turn OFF your computer). Jadi anda kena tekan juga butang OFF.
Tetapi kini kebanyakan komputer telah semakin baik canggih dimana teknologi telah dipertingkatkan dari masa ke semasa. Bekalan kuasa juga telah dipertingkatkan dengan (PFC) power factor correction serta software yang telah dipertingkatkan maka apabila terputus bekalan kuasa atau button switch diOFFkan tanpa mengikut aturan, komputer boleh "shut down" dengan baik juga tanpa merosakkannya. Teknologi ini hanya kepada mereka yang menggunakan komputer terkini sahaja.

1 comments:

Unknown said...

Abang, Manja ada komen 'panas' kat email..Sila bukak email sekarang...jeng..jeng..jeng,...

Post a Comment